Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menolak desakan beberapa negara Eropah untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh lapan hari malah menyifatkan negara-negara tersebut sebagai biadap.
Dalam temu bual bersama agensi berita CNN Turki, Maduro turut menyifatkan ketua pembangkang, Juan Guaido telah melanggar pelembagaan apabila mengisytiharkan dirinya pemimpin Venezuela baharu.
Walaupun terbuka untuk mengadakan dialog, Maduro bagaimanapun beranggapan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat A.S, Donald Trump sebagai tidak masuk akal, namun tidak mustahil.
Britain, Jerman, Perancis, dan Sepanyol mengumumkan bahawa mereka akan mengiktiraf Guaido jika Maduro gagal melangsungkan pilihan raya baharu dalam tempoh lapan hari.
Menteri Luar Venezuela, Jorge Arreaza beranggapan bahawa ultimatum tersebut sebagai tindakan "keanak-anakan."
"Eropah memberi kita lapan hari? Di mana anda mendapat kuasa untuk menentukan tarikh akhir atau memberikan ultimatum kepada sebuah bangsa yang berdaulat," kata Arreaza di dalam sebuah sesi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Sabtu.
Negara lain, termasuk Rusia, Turki, China, dan Iran, telah menyatakan sokongan kepada kerajaan yang dipilih di bawa sistem perlembagaan Venezuela dan mengutuk campur tangan luar di negara Amerika Latin tersebut.
Maduro pada hari Jumaat lepas menuduh pentadbiran Trump seddang berusaha untuk mengatur "rampasan kuasa" di Venezuela dengan memberikan sokongan kepada pemimpin yang mengangkat dirinya sendiri.
Rusia, juga menuduh Washington sedang merancang sebuah rampasan kuasa di Venezuela. -Press TV
27 Januari 2019 - 19:05
News ID: 926627
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menolak desakan beberapa negara Eropah untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh lapan hari malah menyifatkan negara-negara tersebut sebagai biadap.