20 Februari 2019 - 17:53
PBB Seru India Dan Pakistan Untuk Redakan Ketegangan

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru India dan Pakistan untuk segera mengambil tindakan dalam rangka meregangkan ketegangan yang timbul berikutan serangan pengganas di Kashmir. Insiden tersebut telah meningkatkan risiko tercetusnya konflik ganas di antara kedua negara berjiran yang lengkap dengan senjata nuklear.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru India dan Pakistan untuk segera mengambil tindakan dalam rangka meregangkan ketegangan yang timbul berikutan serangan pengganas di Kashmir. Insiden tersebut telah meningkatkan risiko tercetusnya konflik ganas di antara kedua negara berjiran yang lengkap dengan senjata nuklear.

Ketegangan di antara kedua-dua negara tersebut kembali memperolehi momentumnya berikutan serangan boman di Kashmir yang menyebabkan lebih daripada 40 orang anggota tentera India terbunuh pada 14 Februari lepas.

Serangan itu mencetuskan tunjuk perasaan anti-Pakistan di India, dengan para peserta membakar bendera Pakistan di jalanan. New Delhi menyalahkan Islamabad kerana melindungi pengganas, dan tidak lama selepas itu kedua-dua negara mula mengancam antara satu sama lain.

"Kami amat prihatin terhadap peningkatan ketegangan di antara kedua-dua negara," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric pada hari Selasa.

Setiausaha Agung "menekankan peri pentingnya kedua-dua pihak untuk bersabar dan mengambil langkah segera" dalam rangka mengatasi masalah sedia ada, tambah Dujarric. -Press TV