Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mejar Jeneral Qassem Soleimani memberi nasihat kepada Pakistan berhubung niat sebenar Arab Saudi yang menyalurkan berbilion dolar ke dalam ekonomi mereka dengan mengatakan bahawa tujuan sebenar rejim Riyadh adalah untuk melagakan mereka dengan dengan negara-negara jiran sekaligus memecah belahkan negara tersebut.
Komander Tentera Quds yang merupakan cabang daripada Pasukam Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sekali lagi menyatakan komitmennya pada hari Khamis bahawa Tehran akan membalas dendam buat warga negaranya yang terkorban dalam serangan berdarah minggu lepas di Tenggara Iran. Menurut laporan, serangan itu dilancarkan oleh kumpulan pengganas yang berpangkalan di Pakistan.
Iran khuatir bahawa negara dan kerajaan Pakistan akan membiarkan wang Saudi -yang disalurkan ke negara itu- akan berakhir di tangan pengganas Takfiri, kata beliau sambil menambah, "Pengganas yang ditaja oleh Saudi di Pakistan telah menimbulkan masalah bagi semua negara jiran dan Pakistan perlu menyedari perkara ini sepenuhnya."
"Kami telah memberitahu Pakistan bahawa mereka tidak boleh membenarkan Arab Saudi untuk memusnahkan negara mereka dengan wangnya," kata Major General Soleimeni, sambil menambah bahawa negara Asia tersebut tidak sepatutnya menjadi markas untuk sebarang kegiatan yang mengganggu negara serantau seperti Iran, India dan Afghanistan.
Minggu lalu, seorang pengebom yang dikenal pasti oleh IRGC sebagai warga negara Pakistan telah melanggar sebuah bas yang membawa anggota tentera elit Iran di wilayah Sistan dan Baluchestan yang bersempadan dengan Pakistan dengan kenderaannya yang diisi dengan bahan letupan sekaligus membunuh 27 daripada anggota pasukan itu. -Press TV
21 Februari 2019 - 18:21
News ID: 930124
Mejar Jeneral Qassem Soleimani memberi nasihat kepada Pakistan berhubung niat sebenar Arab Saudi yang menyalurkan berbilion dolar ke dalam ekonomi mereka dengan mengatakan bahawa tujuan sebenar rejim Riyadh adalah untuk melagakan mereka dengan dengan negara-negara jiran sekaligus memecah belahkan negara tersebut.