23 Februari 2019 - 16:44
Trump Akan Terkejut Dengan Respon Iran Terhadap Sekatan Washington: Zarif

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa respon Tehran untuk mengurangkan impak sekatan Amerika Syarikat ke atas negara itu akan "mengejutkan" Presiden A.S, Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa respon Tehran untuk mengurangkan impak sekatan Amerika Syarikat ke atas negara itu akan "mengejutkan" Presiden A.S, Donald Trump.

Bercakap dalam satu temu bual dengan akhbar Swiss, Basler Zeitung yang diterbitkan di Jerman pada hari Jumaat, Zarif yang merujuk kepada usaha A.S untuk mengurangkan eksport minyak Iran hingga ke angka sifar berkata bahawa tindakan A.S untuk mengeluarkan Iran daripada senarai negara pembekal sama sekali tidak realistik.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, jika semua pelanggan minyak mentah Iran memutuskan untuk tunduk kepada tekanan A.S, Republik Islam mempunyai "cara lain" untuk menghadapi cabaran itu.

Ketika ditanya lebih lanjut berhubung yang dimaksudkan oleh beliau dengan "cara lain", Zarif berkata, "Saya tidak akan mendedahkannya. Trump sukakan kejutan, jadi kami akan menghiburkan beliau." - PRESS TV