15 Mac 2019 - 17:03
Iran Kecam Serangan Di Christchurch, New Zealand

Republik Islam Iran secara rasmi mengutuk serangan "tidak berperikemanusiaan" ke atas dua masjid yang terletak di New Zealand sambil mendesak Wellington untuk segera mencari dan menghukum pelancar serangan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran secara rasmi mengutuk serangan "tidak berperikemanusiaan" ke atas dua masjid yang terletak di New Zealand sambil mendesak Wellington untuk segera mencari dan menghukum pelancar serangan. 

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Jumaat mengecam serangan maut yang dilancarkan oleh seorang pengamal ideologi ketuanan kulit putih dengan menyifatkan tragedi itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan benar-benar kejam.

"Apa-apa serangan pengganas mesti dikutuk oleh semua negara tanpa mengambil kira di mana di ia berlaku, oleh siapa ia dilancarkan dan apapun motivasi dan alasan yang mendorong serangan tersebut," kata Qassemi kepada pemberita.

Beliau juga menggesa pihak kerajaan di seluruh dunia untuk mencegah gerakan dan ideologi berbaur perkauman dan berunsur Islamofobia daripada mengancam keamanan dan ketenteraman warga awam di seluruh pelusuk dunia. -Press TV