Ahli Parlimen Iran pada hari semalam mengenakan uniform Tentera Revolusi negara itu sempena hari "Pasdar" yang jatuh pada hari kelahiran Imam Hussein. Mereka juga mengizharkan sokongan kepada pasukan tersebut berikutan tindakan Amerika Syarikat yang melabelkan pertubuhan itu sebagai pertubuhan pengganas.