15 April 2019 - 14:24
Sebahagian Pemimpin Arab Bunuh Umat Islam, Kerjasama Dengan Zionis: Ayatollah Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Syed Ali Khamenei mengecam pemimpin "negara Islam tertentu" di atas bantuan mereka kepada Israel dan Amerika Syarikat yang mana menurut beliau perkara itu sama sekali jauh dengan ajaran kitab suci Islam, Al-Qur'an.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Syed Ali Khamenei mengecam pemimpin "negara Islam tertentu" di atas bantuan mereka kepada Israel dan Amerika Syarikat yang mana menurut beliau perkara itu sama sekali jauh dengan ajaran kitab suci Islam, Al-Qur'an.

"Banyak kesilapan, salah faham, kemusnahan, ketidaksepakatan, permusuhan dan ketundukan kepada kekuasaan zalim berlaku akibat daripada kejauhan (kita) daripada Al-Qur'an , spiritualisme dan ajaran yang datang terkandung di dalamnya," kata Pemimpin kepada para qari dan penyelidik Quran di Tehran pada hari Isnin.

"Malangnya, para penguasa daripada beberapa negara Islam tidak mematuhi ajaran al-Quran dan tidak bersikap 'keras terhadap orang-orang kafir (yang berniat jahat terhadap dunia Islam)'. Mereka bahkan telah menjadi hamba dan pak turut Amerika dan Zionis; dan sama sekali tidak 'berbelas kasihan kepada satu sama lain', mereka membuka jalan untuk perpecahan dan peperangan, seperti peperangan di Yaman dan Syria, dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam (di seluruh dunia)."

Beliau yang memberi ucapan di dalam majlis penutup musabaqah Al-Quran Antarabangsa kali ke-36, Ayatollah Khamenei berkata bahawa pada "hari ini, ramai pemimpin dari negara Arab adalah seperti ini."

Pemimpin Tertinggi Iran itu turut mengatakan beberapa penguasa tersebut bahkan turut "bekerjasama dengan Israel dalam menginjak darah orang Palestin."

Sejak beberapa tahun yang lalu, pada pemimpin dari beberapa negara Arab, iaitu Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu, telah berusaha keras dalam menormalkan hubungan mereka dengan rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah beberapa kali menyatakan tentang kewujudan perjanjian keselamatan yang meluas dengan negara-negara Arab yang mana sebahagian besar daripada persefahaman itu kekal sebagai rahsia di atas permintaan pemimpin Arab berkaitan. -Press TV