7 Ogos 2019 - 17:58
Korea Selatan Setuju Sumbang Lebih Banyak Kepada A.S: Trump

Korea Selatan "telah bersetuju untuk menyumbang lebih banyak dana" kepada Amerika Syarikat "untuk mempertahankan dirinya" dari ancaman Korea Utara, umum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Korea Selatan "telah bersetuju untuk menyumbang lebih banyak dana" kepada Amerika Syarikat "untuk mempertahankan dirinya" dari ancaman Korea Utara, umum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

"Sejak beberapa dekad yang lalu, A.S. telah dibayar sangat sedikit oleh Korea Selatan, tetapi pada tahun lalu, berikutan permintaan yang dibuat oleh Presiden Trump, Korea Selatan membayar $ 990,000,000," tulis Trump di Twitter-nya pada hari Rabu.

"(Bahkan) perbincangan baharu telah bermula untuk meningkatkan sumbangan kepada Amerika Syarikat," katanya menerusi tweet-nya yang lain. "Korea Selatan adalah negara yang sangat kaya yang kini merasakan kewajipan untuk menyumbang kepada belanjawan pertahanan yang disediakan oleh Amerika Syarikat. Hubungan antara kedua-dua negara adalah yang sangat baik!"

Trump telah lama merungut bahawa A.S menanggung terlalu banyak beban kewangan untuk menempatkan tenteranya di luar negara dan telah meminta Korea Selatan untuk menyumbang lebih banyak bagi ribuan tentera Amerika yang ditugaskan di sana.

Pentadbiran Trump juga dilaporkan sedang berusaha melihat peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam sumbangan Jepun terhadap tentera Amerika yang ditempatkan di negara Asia tersebut. - PRESS TV