24 Ogos 2019 - 18:01
Polis Bangladesh Tembak Mati Dua Pelarian Rohingya

Dua pelarian Rohingya ditembak mati polis Bangladesh di sebuah kem pelarian di negara itu, hari ini, selepas kedua-dua individu terbabit dituduh membunuh seorang pegawai parti pemerintah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua pelarian Rohingya ditembak mati polis Bangladesh di sebuah kem pelarian di negara itu, hari ini, selepas kedua-dua individu terbabit dituduh membunuh seorang pegawai parti pemerintah.

Aktivis hak asasi yang dirahsiakan identiti berkata, mereka percaya kedua-dua lelaki itu dibunuh polis dalam pertempuran yang seolah-olah dirancang.

Insiden itu berlaku, dua hari selepas cubaan gagal kedua menghantar pulang pelarian yang menyaksikan tiada langsung pelarian datang untuk kembali merentas sempadan ke negeri terjejas konflik di Rakhine.

“Kedua-dua lelaki ini meninggal dunia, ketika dikejarkan ke hospital,” kata inspektor polis tempatan, Rasel Ahmad sambil menambah insiden itu berlaku di kem pelarian Jadimura di daerah Cox’ Bazar.

Ahmad berkata, dua etnik Rohingya itu ditembak dan cedera kritikal, ketika misi mencari suspek, selepas pegawai sayap pemuda parti Liga Awami, Omar Faruk dibunuh, Khamis lalu, didakwa dilakukan pelarian bersenjata. - AFP