Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

7 Januari 2020

5:23:40 PTG
1000296

Jenayah pentadbiran Trump di dalam insiden pembunuhan pegawai kanan pasukan tentera Republik Islam Iran, Mejar Jeneral Haji Qasem Soleimani telah mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam negara barat itu sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jenayah pentadbiran Trump di dalam insiden pembunuhan pegawai kanan pasukan tentera Republik Islam Iran, Mejar Jeneral Haji Qasem Soleimani telah mengundang kecaman daripada pelbagai pihak termasuk dari dalam negara barat itu sendiri.

Legenda Hollywood, Robert De Niro juga turut serta dalam mengecam tindakan jenayah itu dengan menayangkan video yang menunjukkan kehadiran jutaaan warga Iran di majlis pengkebumian Mejar Jeneral Qassim Soleimani di Ahwaz.

Pelakon masyhur yang pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik sepanjang zaman serta merangkul anugerah Oscar sebanyak tiga kali memuat naikkan video tersebut di laman twitter-nya sendiri.

Beliau juga memberikan komennya di laman yang sama dengan menulis; "Ini adalah majlis pengebumian Soleimani di Ahwaz, Iran. Trump tiada sedikitpun idea tentang apa yang telah dilakukannya."



Video yang menunjukkan penyertaan jutaan warga Iran di dalam pengebumian Haji Soleimani telah tersebar secara meluas di alam siber. Sebahagian video menunjukkan suasana di Tehran dan beberapa bandar lain termasuk Mashhad.

Sharon Stone -pelakon Hollywoood- juga sebelum ini telah memuat naikkan video berkaitan dan memberi komen yang hampir serupa. Beliau juga menulis kepada para peminatnya dengan menanyakan soalan retorik kepada mereka. -ABNA24