Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

29 Januari 2020

6:29:07 PTG
1006311

Sumber perisikan Rusia mendakwa bahawa Michael D'Andrea, ketua operasi CIA di Iran yang mengatur serangan pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani terbunuh dalam nahas pesawat perisik E11A Amerika Syarikat di Ghazni, Afghanistan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Sumber perisikan Rusia mendakwa bahawa Michael D'Andrea, ketua operasi CIA di Iran yang mengatur serangan pembunuhan Jeneral Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani terbunuh dalam nahas pesawat perisik E11A Amerika Syarikat di Ghazni, Afghanistan.

Menurut laporan, pesawat yang membawa simbol Angkatan Udara A.S itu digunakan sebagai pusat perintah mudah alih D'Andrea yang juga dikenali sebagai Ayatollah Mike, Putera Gelap dan Penggali Kubur.

Mike adalah salah seorang figur CIA yang paling terkenal di rantau ini. Dia dilantik sebagai ketua operasi berkaitan Iran sejak tahun 2017. Di bawah kepimpinannya, agensi itu dilihat mengambil sikap yang "agresif terhadap Iran".

Taliban setakat ini mendakwa bahawa mereka telah menembak jatuh pesawat tersebut, tetapi masih belum memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

A.S walaubagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, tetapi mengakui bahawa mereka telah kehilangan pesawat Bombardier E-11A di wilayah Sentral Afghanistan.

Terdapat juga spekulasi yang mengatakan bahawa Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mungkin terlibat di dalam insiden ini. Spekulasi itu diperkukuhkan dengan kewujudan Briged Fatimiyyun Afghanistan yang dilatih oleh IRGCdi negara Afghanistan. -Agensi