Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Khamis

18 Februari 2021

5:30:46 PTG
1116738

UAE lancar kempen boikot BBC setelah siar video anak penguasa Dubai

Hashtag #Block_B_B_C melanda tren di UAE, yang dicetus oleh penguasa UAE untuk menutup skandal yang dicetuskan oleh video Latifa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - UAE melancarkan kempen besar-besaran anti British Broadcasting Corporation (BBC), setelah membocorkan rakaman video puteri penguasa Dubai, Sheikha Latifa, yang mengeluh kerana dikurung.

Dalam perkembangan terbaru ini, rejim UAE melancarkan media elektroniknya untuk mengkritik BBC, serta mempertikai prestasi kewartawanan dan profesionalnya. Selain itu, diselingi dengan tweet dari lalat elektronik Emirati yang menuduh BBC bersikap berat sebelah terhadap UAE dan menghasut untuk memboikot saluran tersebut.

Sementara itu keselamatan Sheikha Latifa masih belum diketahui setelah rakaman tersebut tular.

Sheikha Latifa, cuba melarikan diri dari negara itu pada tahun 2018 dan mengirim pesan video rahsia kepada rakan-rakannya yang menuduh ayahnya menjadikan dirinya sebagai tebusan dan menyatakan takut jika nyawanya terancam.

Oleh kerana Latifa telah berhenti mengirim mesej rahsia, jadi rakan-rakannya mendesak PBB untuk campur tangan.

Bekas utusan PBB untuk hak asasi manusia, Mary Robinson, yang sebelumnya menggambarkan Latifa sebagai "wanita muda yang bermasalah" setelah dia bertemu dengannya pada tahun 2018, berkata, "Keluarga Sheikha Latifa sering menipu."

Robinson, bekas Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia dan mantan ketua negara Ireland, turut menyumbang suara tidak puas hati yang menyeru tindakan antarabangsa demi untuk mengenal pasti status dan tempat pengurungan Latifa sekarang.

"Saya bimbang akan nasib Latifa," kata Robinson. “Banyak masa telah berlalu, jadi saya fikir perkara itu harus disiasat.”

Video tersebut dirakam selama beberapa bulan melalui telefon yang diberikan secara rahsia kepada Latifa, kira-kira setahun selepas dia dikembalikan ke Dubai. Beliau terpaksa merakam video dirinya di bilik mandi kerana itu satu-satunya tempat dia dapat berkurung.

..................

177