Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Sabtu

27 Februari 2021

5:30:32 PTG
1119243

AS maklumkan Rusia sebelum serangan timur Syria

AS telah maklumkan Rusia sebelum menyerang kedudukan milita pro Iran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Dengan penuh yakin, Amerika Syarikat (AS) memaklum bahawa pihaknya telah memberi tahu Rusia dengan tepat sebelum serangan udara di Syria tanpa menjejaskan keselamatan misi tersebut, kata jurucakap Jabatan Pertahanan John Kirby pada hari Jumaat tatkala membalas kritikan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov terhadap amaran jangka pendek AS mengenai serangan itu.

"Tanpa memperincikannya, tidaklah mengejutkan sesiapa pun bahawa kita akan melaksanakan apa yang harus kita kerjakan iaitu memberi makluman, tetapi kita juga akan melakukan apa yang harus kita kerjakan demi melindungi kekuatan kita, khususnya kes tentera udara yang melakukan serangan ini. Ada kena mengena dengan isu keselamatan operasi yang kita anggap sangat serius,” kata Kirby semasa taklimat media.

Lavrov mengatakan sebelum ini bahawa amaran melalui saluran dekonfliction tampil empat atau lima minit menjelang serangan dua jet pejuang F-15 AS terhadap infrastruktur militia yang disokong Iran di timur Syria. Serangan itu berlaku sebagai balasan atas serangan roket di Pangkalan Udara Erbil di Iraq.

"Kami melakukan apa yang kami yakini sebagai pemakluman yang sewajarnya," kata Kirby, sambil menambahkan bahawa dia berterima kasih kepada Lavrov atas kesediaannya mengesahkan pemakluman tersebut.

"Bagi Menteri Luar Negeri Lavrov, saya tidak akan membahas secara tepat masa yang terlibat di sini, tetapi saya bersyukur melihat Menteri Luar Negeri mengesahkan apa yang saya katakan selama beberapa jam terakhir bahawa mereka sebenarnya dimaklumkan melalui saluran dekonfliction. Jadi saya bersyukur kerana dia bersedia mengesahkannya,” kata Kirby.

Lavrov juga mengatakan kehadiran AS di Syria adalah tidak sah dan melanggar semua norma undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Pentagon, John Kirby, mengumum bahawa Tentera Udara AS memusnahkan sembilan tapak dan memusnahkan sebahagian dua tapak yang lain kepunyaan "militia yang disokong Iran" di timur Syria.

Angka kematian akibat serangan AS masih belum diketahui dan kemungkinan ia tidak akan diterbit oleh pasukan paramiliter Iraq, kerana kekurangan maklumat dari Syria timur.

Kerajaan Syria telah mengecam serangan AS pada hari Khamis lalu dan menuduh Washington melanggar undang-undang antarabangsa dan piagam PBB.

Selanjutnya, Iran dan Rusia sama-sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam serangan oleh pasukan AS Pada hari Sabtu dan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, bertemu dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Fuad Hussein, di Teheran untuk membincangkan keadaan.

..................

177