Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Jumaat

23 April 2021

4:48:11 PTG
1134199

Pemusnahan masjid bersejarah di Qarabagh + Foto

Sebuah masjid bersejarah abad kelapan terletak di kampung Yousef Bailey, kota Ghobadli dilaporkan musnah akibat projek pembinaan jalan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah masjid bersejarah abad kelapan terletak di kampung Yousef Bailey, kota Ghobadli dilaporkan musnah akibat projek pembinaan jalan untuk sebuah antara bandar Khodaafarin, Ghobadli dan Lachin. Kawasan tersebut telah sebahagian rancangan untuk pembangunan semula bumi Nagorno-Karabakh setelah pembebasan daripada penjajahan Armenia. Pemusnahan tersebut tidak disengajakan akibat kecuaian ejen pembinaan jalan raya.

Pegawai Badan Jalan Negeri Republik Azerbaijan dan Penyelia Pembangunan dihukum kerana kecuaian dalam menjalankan tugas mereka sehubungan dengan pemusnahan masjid bersejarah ini.

Masjid bersejarah di kampung Yousef Bailey binasa sebahagian strukturnya setelah pencerobohan Armenia di Ghobadli, dan rakyat Armenia menjadikan masjid itu menjadi kandang babi. Masjid yang musnah ini secara rasminya didaftarkan sebagai monumen seni bina yang mempunyai kepentingan tempatan berdasarkan Resolusi 132 oleh Kabinet Menteri Azerbaijan pada 2 Ogos 2001.

Pertembungan antara tentera Azerbaijan dan Armenia di wilayah Nagorno-Karabakh bermula pada 27 Oktober 2016, dan berakhir dengan pengantaraan Rusia dan penandatanganan perjanjian damai antara pihak berkuasa Azerbaijan dan Armenia.

Republik Azerbaijan dan Armenia - dua republik bebas dari Kesatuan Soviet sejak tahun 1992 - mengalami konflik ketenteraan berikutan penjajahan wilayah Nagorno-Karabakh oleh Armenia apabila terjadi pengisytiharan autonomi.