AhlolBayt News Agency (ABNA)

source : ABNA24.com
Isnin

26 Julai 2021

3:55:17 PTG
1163537

Ansarullah;

Pasukan Yaman mara 16 km ke bandar Ma'rib

Seorang anggota Majlis Politik "Ansarullah" Yaman, Muhammad al-Bakhiti, menyatakan kepada televisyen al-Mayadeen bahawa tentera Yaman dan jawatankuasa rakyat mara sudah hampir ke Marib.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang anggota Majlis Politik Ansarullah, Muhammad al-Bakhiti, mengatakan, "Tujuan gabungan ketenteraan di al-Bayda adalah untuk mengurangkan beban peperangan di Ma'rib."

Al-Bakhiti mengesahkan kepada Al-Mayadeen bahawa "Kemaraan tentera dan jawatankuasa Yaman ke Marib terjadi dalam satu haluan, dan tinggal tidak berapa jauh lagi, pasukan tentera dan jawatankuasa hanya berjarak 16 km dari pusat kota dari Ma'rib."

Tambah al-Bakhiti, "Penceroboh Saudi dan Washington berusaha mengumpulkan anasir Al-Qaeda untuk berperang di Marib. Peningkatan pencerobohan Saudi di Al-Bayda berada di bawah arahan Amerika."

Semalam, wartawan Al-Mayadeen melaporkan bahawa peperangan sengit sedang berlaku antara pasukan tentera Yaman, jawatankuasa popular, dengan pasukan presiden buangan, Abd Rabbah Mansour Hadi, yang disokong oleh pesawat tempur agresif pimpinan Saudi, di barisan depan dari daerah Serwah, barat wuilayah Ma'rib, timur laut Yaman.

Pada hari Sabtu, pasukan tentera Yaman dan jawatankuasa popular dapat mara ke daerah Numan, setelah operasi serangan, sebagai tindak balas kepada operasi ketenteraan "The Piercing Star", yang dilancarkan oleh pasukan pasukan Abd Rabbah Mansour Hadi di bawah gabungan.

----------------

177