Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Pusat Eksekutif yang memantau kematian dan kecederaan melaporkan sejumlah 115 wanita terkorban dan cedera sejak tahun 2015 hingga 2021 akibat bom berangkai yang dijatuhkan oleh pesawat pakatan Saudi-AS ke atas Yaman.
Laporan pusat itu menunjukkan bahawa bilangan korban di kalangan wanita yang terbaru mencecah 36 orang , manakala bilangan yang cedera mencapai 76 orang.
Pusat Eksekutif menjelaskan bahawa wanita setiap hari terdedah kepada serangan pakatan Saudi melalui pengeboman berterusan setiap hari di pelbagai wilayah di Yaman, memandangkan masyarakat antarabangsa terus berdiam diri.
Pusat Eksekutif menyeru masyarakat antarabangsa menggesa pemberhentian serangan yang menjadikan wanita sebagai korban.