Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : www.bharian.com
Rabu

25 Mei 2022

9:19:44 PTG
1260957

Remaja Palestin ditembak mati tentera Israel

BAITULMAQDIS: Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel dalam pertempuran yang tercetus ketika serbuan Yahudi ke Tebing barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin, hari ini.

Kementerian itu mengenal pasti mangsa sebagai Ghaith Yamin, 16, yang meninggal dunia akibat kecederaan di kepala selepas ditembak oleh tentera Israel semasa pertempuran berhampiran Makam Nabi Yusuf AS di luar bandar utara, Nablus.

Kumpulan Jihad Islam mengeluarkan kenyataan memuji serangan hendap pejuangnya terhadap tentera Israel dengan mengatakan terdapat pertukaran tembakan antara kedua-dua pihak.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pegawai perubatannya merawat empat mangsa cedera terkena peluru getah dan 36 individu terhidu gas pemedih mata, serta seorang lagi yang terjatuh semasa pertempuran.