Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Sabtu

3 Disember 2022

6:33:17 PTG
1328344

Iran mula bina 'Karoon'

KAHERAH: Iran memulakan pembinaan sebuah loji kuasa nuklear yang baharu di barat daya negara itu, semalam.

Pembinaan loji dikenali sebagai 'Karoon' dengan kuasa 300 megawatt itu, dijadualkan mengambil masa selama lapan tahun dan membabitkan kos kira-kira AS$2 bilion, menurut laporan stesen televisyen serta agensi radio negara itu.

Loji berkenaan dibina di wilayah Khuzestan yang kaya dengan minyak, berhampiran sempadan Iraq di barat.

Majlis perasmian tapak pembinaan itu dihadiri oleh Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Mohammed Eslami yang kali pertama mengumumkan rancangan pembinaan Karoon pada April lalu.

Ketika ini, Iran mempunyai sebuah loji kuasa nuklear di Bushehr.

342/