Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : https://www.bharian.com.my/
Selasa

14 Februari 2023

7:05:50 PTG
1346462

Remaja Palestin terbunuh dalam serbuan tentera Israel

BAITULMAQDIS : Seorang remaja Palestin terbunuh hari ini ketika serbuan tentera Israel di kem pelarian di utara Tebing Barat, menurut pihak berkuasa Palestin.

Kematian itu adalah yang terbaru dalam persengketaan hampir setahun dalam siri keganasan Israel-Palestin yang tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda.

Tentera Israel berkata, mereka melakukan serbuan merentasi Tebing Barat yang diduduki dan ketika operasi di kem pelarian Faraa, seseorang menghampiri tentera dengan bahan letupan, memaksa mereka menembak individu berkenaan.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa, melaporkan penduduk tempatan bertempur dengan tentera Israel, susulan kes tembakan itu.Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan Mahmoud Al-Aydi, 17, meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Ketegangan meningkat selama berbulan-bulan selepas Israel melakukan serbuan dan tangkapan setiap malam di Tebing Barat, mendorong serangan balas daripada rakyat Palestin ke atas Israel sejak musim bunga lalu.Kira-kira 30 rakyat Palestin terbunuh di Israel tahun lalu dan sekurang-kurangnya 12 yang lain meninggal dunia akibat serangan pada tahun ini saja. 

342/