Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : www.bharian.com.my/
Isnin

27 Mac 2023

12:58:24 PTG
1354590

Mahkamah Agung Israel diminta hukum Netanyahu

TEL AVIV: Sebuah kumpulan pejuang tadbir urus baik Israel, Gerakan untuk Kerajaan Berkualiti, meminta Mahkamah Agung menghukum Benjamin Netanyahu kerana didakwa melanggar perjanjian berkait konflik kepentingan.

Ia bagi menghalang Netanyahu daripada terbabit dalam usaha merombak badan kehakiman Israel, ketika Perdana Menteri itu berdepan perbicaraan atas pertuduhan rasuah.

Semalam, gerakan itu meminta mahkamah memerintahkan Netanyahu untuk mematuhi undang-undang berkenaan, dan menghukumnya sama ada dengan denda atau penjara jika beliau enggan.

Ketua kumpulan itu, Eliad Shraga, menegaskan Netanyahu akan dipaksa supaya akur kepada undang-undang dan peruntukan yang digariskan.Perancangan kerajaan pimpinan Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman Israel, mencetuskan bantahan meluas yang menyaksikan puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi menentang langkah itu. Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, semalam turut menggesa supaya perancangan itu dibekukan, dengan memetik keadaan bergolak dalam barisan tentera berhubung perkara berkenaan. 

342/