Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : https://www.bharian.com.my/
Isnin

27 Mac 2023

12:59:48 PTG
1354591

Trump berhimpun di tapak pengepungan antikerajaan

WACO: Donald Trump hari ini menganjurkan perhimpunan kempen presiden pertamanya di tapak pergaduhan antara kultus antikerajaan dan ejen persekutuan, pada 1993.

Perhimpunan itu diadakan ketika beliau menentang pelbagai siasatan jenayah yang mengancam tawarannya dalam persaingan kembali merebut Rumah Putih.

Ulang tahun ke-30 detik di Waco, Texas menjadi penanda aras bagi aktivis sayap kanan yang bermegah dalam sejarah penentangannya terhadap tindakan kerajaan yang dianggap melampaui batas.

Perhimpunan itu diadakan ketika kenyataan Trump, mendakwa 'serbuan' pendakwa yang dirujuknya sebagai 'sampah manusia' bagi meneruskan kes terhadapnya di New York, Washington dan Atlanta.Pemimpin Republikan itu dijangka berucap di hadapan sekurang-kurangnya 15,000 penyokong ketika beliau bersedia bagi kemungkinan pertuduhan mengenai pembayaran wang kepada pelakon cerita lucah susulan dakwaan pertemuan seksual, beberapa hari sebelum pilihan raya 2016. Minggu lalu, Trump, 76, yang turut didakwa kerana menghasut pemberontakan, menggesa bantahan terhadap Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg, susulan bekas presiden itu mendakwa beliau akan ditahan. Sebahagian daripada peserta hadir di Waco berasal dari negeri lain, tidak sabar untuk melihat Trump kembali ke Pejabat Oval, dengan ramai yang memakai topi MAGA atau mengibarkan bendera kempennya. "Masih ramai penyokong Donald Trump yang masih belum kelihatan dan anda akan terkejut," kata Kelly Heath, 49, dari Georgia. Penyokong Trump tiba di Memorial Pengepungan Waco semalam, bagi memperingati mangsa terkorban dalam jarak tempuh di pekarangan Branch Davidian sect, yang dikepung ejen persekutuan, pada 1993. 

342/