Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : bharian.com
Khamis

9 November 2023

5:58:47 PTG
1410158

Presiden Palestin tolak langkah Israel bahagi dua Gaza

RAMALLAH, PALESTIN: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian sebagai tidak boleh diterima selain menegaskan wilayah terkepung itu adalah sebahagian daripada Palestin.

Abbas membuat panggilan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menurut agensi berita Palestin WAFA. Dalam perbualannya dengan Rutte, beliau berkata kenyataan tentera Israel baru-baru ini bahawa tenteranya telah membahagikan Gaza kepada dua kerana ia mencapai "peringkat penting" dalam peperangannya terhadap kumpulan Palestin Hamas adalah tidak boleh diterima dan tiada penyelesaian politik atau keselamatan yang berasingan untuk Gaza. "Hari ini terdapat utara Gaza dan selatan Gaza," kata jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari pada Ahad selepas tentera Israel tiba di pantai.


342/