Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

22 Ogos 2018

7:53:01 PG
906410

Bacaan Doa Sambut Hari Arafah Di Malaysia

Kaum Muslim di Malaysia turut bersama jutaan umat Islam yang lain dalam menghidupkan hari kesembilan bulan Zulhijjah dengan bacaan doa Arafah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gombak, Selangor: Kaum Muslim di Malaysia turut bersama jutaan umat Islam yang lain dalam menghidupkan hari kesembilan bulan Zulhijjah dengan bacaan doa Arafah.

Ustaz Kamil Zuhairi memimpin upacara bacaan doa Arafah


Bersamaan dengan hari Arafah yang jatuh pada tanggal 21 Ogos 2018 di Malaysia, puluhan kaum Muslim berkumpul di Musalla Ar-Ridha yang terletak di Gombak, Selangor untuk membaca doa Arafah bersama-sama.

Bacaan doa itu dipimpin oleh Ustaz Kamil Zuhairi yang turut menyelia persiapan kurban para peserta pada tahun ini.


Jamuan selepas majlis bacaan doa

Umat Islam khususnya yang berada di Arafah mengambil peluang untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah pada hari kesembilan Zulhijjah. Pada hari kesepuluh Zulhijjah hari Raya Kurban pula akan menyusul dan disambut dengan penuh takzim oleh mereka.

Malaysia menyambut hari Raya Kurban pada tanggal 22 Ogos 2018.  Negara Arab Saudi pula merayakan hari kebesaran itu pada 21 Ogos 2018.

/315