Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

30 Ogos 2018

6:22:18 PG
907371

Sambutan Hari Ghadir Khum Di Gombak

Gombak, Selangor; Sebahagian umat Islam Malaysia bersama-sama jutaan kaum Muslim lain di seluruh dunia menyambut hari Ghadir Khum yang menandakan pelantikan rasmi Imam Ali a.s sebagai pengganti Nabi S.A.A.W.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gombak, Selangor; Sebahagian umat Islam Malaysia bersama-sama jutaan kaum Muslim lain di seluruh dunia menyambut hari Ghadir Khum yang menandakan pelantikan rasmi Imam Ali a.s sebagai pengganti Nabi S.A.A.W.

Puluhan warga Malaysia pada malam 29 Ogos menyertai majlis Ghadir Khum yang dianjurkan oleh Hauzah ar-Ridha di Gombak, Selangor. Majlis yang dipimpin oleh Ustaz Kamil Zuhairi selaku pengerusi pusat tersebut merupakan sebuah platform bagi sebahagian umat Islam untuk merayakan hari pelantikan rasmi Imam Ali sebagai pengganti Nabi S.A.A.W.

Menurut nukilan sejarah peristiwa Ghadir Khum berlaku pada 18 Zulhijjah 10 tahun selepas hijrah iaitu beberapa hari selepas Nabi Muhammad S.A.A.W menyelesaikan Haji Wida' bersama umat Islam yang lain.

Seluruh umat Islam percaya akan kelangsungan peristiwa tersebut. Akan tetapi, mereka memiliki penafsiran yang berbeza berkaitan dengan pengumuman Nabi S.A.A.W pada hari bersejarah itu. 

Sebahagian umat Islam khususnya mazhab Syiah percaya bahawa peristiwa dan pengumuman Nabi S.A.A.W pada hari tersebut merujuk kepada salah sebuah rukun agama yang penting iaitu kepercayaan kepada keberadaan khalifah Allah yang dilantik sendiri oleh Allah S.W.T melalui Rasul utusan-Nya. Menurut kepercayaan mereka, hari Ghadir merupakan hari di mana Imam Ali diumumkan secara terang-terangan sebagai pengganti Nabi S.A.A.W. 

Menurut kepercayaan mereka, khalifah Allah ini akan menggalas tugas Nabi S.A.A.W -kecuali penerimaan wahyu- selepas kemangkatan baginda.

Majlis di Gombak turut menyaksikan para peserta membacakan doa Ziarah Aminullah yang ditujukan khusus kepada Imam Ali.