Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Isnin

21 Oktober 2019

8:47:27 PTG
983909

A.S Beri Bayangan Kurangkan Tentera Di Afghanistan

Amerika Syarikat (AS) mungkin akan mengurangkan tenteranya di Afghanistan jika perjanjian damai berhasil, lapor agensi berita Anadolu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) mungkin akan mengurangkan tenteranya di Afghanistan jika perjanjian damai berhasil, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam lawatan sulungnya ke Kabul pada Ahad lalu, Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper berkata, pastikan perjanjian damai berhasil, perjanjian politik.

"Mengenai pengunduran tentera seperti yang kita katakan sebelum ini, ia adalah bersyarat, tetapi kita yakin pengurangan boleh mencapai sehingga 8,600 orang tanpa menjejaskan operasi memerangi pengganas," kata Esper memetik kenyataan laman web Kementerian Pertahanan.

AS mengekalkan hampir 14,000 tentera di Afghanistan.

Selain operasi memerangi keganasan, tentera Amerika turut terlibat menyediakan latihan dan menjadi penasihat kepada tentera Afghanistan.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah usaha Pakistan untuk mengembalikan semula rundingan damai AS-Taliban yang dihentikan secara tiba-tiba oleh Presiden Donald Trump bulan lalu. - Bernama