Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

8 Disember 2019

6:06:31 PTG
992316

Trump Cuba Lindungi Kepimpinan Riyadh Dari Insiden Tembakan Di Florida

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat berusaha keras untuk melindungi Arab Saudi yang merupakan sekutu kuatnya di rantau Timur Tengah daripada sebarang bentuk akauntabiliti selepas insiden di mana seorang pegawai Angkatan Tentera Udara Arab Saudi melepaskan tembakan di sebuah pangkalan tentera laut A.S di Florida sekaligus membunuh tiga orang mangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat berusaha keras untuk melindungi Arab Saudi yang merupakan sekutu kuatnya di rantau Timur Tengah daripada sebarang bentuk akauntabiliti selepas insiden di mana seorang pegawai Angkatan Tentera Udara Arab Saudi melepaskan tembakan di sebuah pangkalan tentera laut A.S di Florida sekaligus membunuh tiga orang mangsa.

Suspeknya - Mohammed Saeed Alshamrani, yang dikenal pasti secara rasmi oleh FBI sebagai leftenan kedua daripada Angkatan Tentera Udara Diraja Arab Saudi - membunuh tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain di Stesyen Udara Pangkalan Tentera Laut Pensacola sebelum dia ditembak mati oleh pihak berkuasa tempatan pada hari Jumaat.

Insiden tembakan maut tersebut telah mendedahkan kepada dunia berkenaan hubungan dinamik yang aneh di antara Presiden Trump dan pucuk kepimpinan di Riyadh. Trump dan para pegawainya setakat ini dilihat berusaha untuk melindungi perikatan Riyadh-Washington daripada penelitian lanjut daripada pelbagai pihak.

Beberapa jam selepas insiden itu, Trump mengumumkan di laman Twitter-nya bahawa Raja Arab Saudi, Salman secara peribadi telah menelefonnya untuk "mengucapkan takziah dan memyampaikan simpati(nya) kepada keluarga dan rakan-rakan mereka yang terbunuh."

"Naluri pertama presiden adalah untuk menolak sebarang bentuk premis bahawa kerajaan Arab Saudi perlu dipersalahkan (di dalam insiden tersebut)," lapor New York Times dalam satu analisis yang diterbitkan pada hari Sabtu.

Sebelum meninggalkan White House untuk lawatan ke Florida, Trump pada hari Sabtu mendakwa bahawa kepimpinan Arab Saudi "sangat kecewa" dengan serangan itu, sambil menambah bahawa Raja Salman juga secara peribadi akan melibatkan diri dalam membantu proses "menjaga keluarga dan orang tersayang" yang terkesan akibat daripada insiden tersebut. -Press TV