Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Dua pemimpin pergerakan pimpinan Muqtada al-Sadr telah terbunuh dalam dua serangan berasingan dalam tempoh 24 jam. Serangan dilihat sebagai sebuah plot yang dirancang untuk mewujudkan ketegangan di antara kumpulan berbeza di Iraq.
Salah seorang daripada mereka ialah Hazim al-Hilfi, pemimpin kumpulan militia Saraya al-Salam yang terbunuh pada hari Khamis apabila kenderaan yang membawa beliau diserang oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali di jalan Muhammad al-Qasim, Basra.
Beliau mengalami kecederaan teruk sebelum menemui ajal di tempat kejadian, kata sumber keselamatan tempatan. Mereka memetik seorang pegawai media pergerakan Sadr di Basra, Saad al-Maliki yang mengatakan bahawa Halfi adalah salah seorang pemimpin Saraya al-Salam.
Pembunuhan beliau berlaku kurang dari 24 jam selepas seorang lagi pemimpin kumpulan Saraya, Abu-Muqada al-Azirjawi yang cedera parah pada malam Selasa selepas penyerang yang tidak dikenal menembak beliau di rumahnya sendiri di daerah Abou Roummaneh, Maysan.
Beliau kemudiannya menemui ajal akibat kecederaan yang dialami di hospital, lapor media Iraq.
Terdapat spekulasi kencang yang mengatakan bahawa pembunuhan itu dilancarkan oleh ajen perkhidmatan perisikan asing dengan matlamat untuk melagakan kumpulan yang saling bersaing di Iraq sekaligus memicu perang saudara di negara yang dilanda konflik itu. -Agensi
7 Februari 2020 - 17:09
News ID: 1008370
Dua pemimpin pergerakan pimpinan Muqtada al-Sadr telah terbunuh dalam dua serangan berasingan dalam tempoh 24 jam. Serangan dilihat sebagai sebuah plot yang dirancang untuk mewujudkan ketegangan di antara kumpulan berbeza di Iraq.