3 Julai 2020 - 16:13
Hamas Seru Perjuangan Bersenjata Bebaskan Tebing Barat

Seorang pemimpin kanan kumpulan Hamas kanan telah menyeru kumpulan Palestin yang lain di Tebing Barat untuk sama-sama berganding tangan dalam memulakan perjuangan bersenjata terhadap pendudukan Israel di wilayah tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Seorang pemimpin kanan kumpulan Hamas kanan telah menyeru kumpulan Palestin yang lain di Tebing Barat untuk sama-sama berganding tangan dalam memulakan perjuangan bersenjata terhadap pendudukan Israel di wilayah tersebut.

Mahmoud Al-Zahar, pengasas bersama gerakan Hamas yang aktif di Gaza berkata bahawa semua kumpulan Palestin perlu mengikut model yang berjaya dilaksanakan kumpulannya dalam membebaskan semenanjung Gaza.

Model yang dimaksudkannya ialah perjuangan bersenjata dalam rangka mengekang dasar peluasan wilayah yang diguna pakai oleh pemerintah Tel Aviv di Tebing Barat.

Bercakap dengan saluran TV Lubnan, Al Mayadeen pada hari Khamis, Al-Zahar berkata bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) perlu berhenti melaksanakan komitmen mereka terhadap perjanjian Oslo dan mengangkat senjata dalam menentang penjajah.

Hamas akan meminta kerjasama pihak berkuasa Palestin dan pergerakan Fatah dalam usaha membentuk prinsip dan mekanisma baru bagi menjayakan kemuafakatan di antara mereka, katanya. -Press TV