2 November 2023 - 16:12
WHO minta akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.

"Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X. Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit kanser di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders (MSF) di platform X hari ini. "Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.

342/