4 November 2023 - 18:15
Gaza harus jadi sebahagian Palestin berdaulat - Presiden Turkiye

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, berkata Gaza mesti menjadi sebahagian daripada negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, sebaik sahaja perang Israel-Pelastin berakhir.

Katanya, Ankara juga tidak akan menyokong sebarang rancangan 'memadamkan rakyat Palestin secara beransur-ansur' daripada sejarah. Turkiye meningkatkan kritikannya secara mendadak terhadap Israel ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin memuncak termasuk menyokong penyelesaian dua negara dan menjadi tuan rumah kepada ahli Hamas, yang tidak dilihat negara itu sebagai organisasi pengganas, berbanding Amerika Syarikat (AS), Britain dan negara barat lain. Turkiye juga menggesa gencatan senjata segera dan menawarkan penubuhan sistem untuk menjaminnya.

342/