11 November 2023 - 19:20
Iran mahu tindakan, bukan bercakap isu Palestin

TEHRAN: Presiden Iran, Ebrahim Raisi, menegaskan sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan daripada hanya bercakap mengenai isu yang menimpa Palestin.

Beliau berharap Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh, Arab Saudi hari ini menjadi pentas untuk menentukan tindakan yang boleh diambil. "Gaza bukan arena untuk berkata-kata. Ia sepatutnya untuk tindakan. "Hari ini, perpaduan negara-negara Islam sangat mustahak," katanya di Lapangan Terbang Tehran, sebelum berlepas ke Riyadh bagi menghadiri sidang kemuncak terbabit.Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak luar biasa Negara-Negara Arab-Islam bagi membincangkan keadaan di Semenanjung Gaza. 


342/