Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Portal Saudi Press Agency semalam mengesahkan Malaysia sebagai negara ke-12 yang menyertai pakatan serangan ke atas Yaman yang dikepalai rejim Arab Saudi selepas Senegal.
Menteri Pertahanan Saudi mengumumkan pihak pakatan sedang bersiap sedia untuk menggabungkan Malaysia dan Senegal dalam kempen ketenteraannya yang selama ini telah membunuh beratus-ratus rakyat Yaman.
Hingga kini belum ada data terperinci mengenai jumlah anggota tentera atau udara Malaysia yang akan bergabung dengan pakatan tersebut.
Meskipun begitu Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dalam akaun Twitternya menafikan kedatangan tentera negaranya untuk menyertai kempen keganasan tersebut dan memberikan alasan bahawa pasukan yang dikirim ke Saudi hanyalah dalam rangka operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman.