
Gambar arkib
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Gerakan Ansarullah secara rasmi mengumumkan operasi serangan darat ke atas tentera Saudi yang berada di sempadan negara Yaman selepas lebih 2 bulan menjadi sasaran keganasan pakatan negara-negara Arab.
Operasi ketenteraan ke atas Saudi ini bermula setelah mendapat isyarat keizinan daripada pemimpin gerakan, Sayid Abdul Malik al-Houthi semalam setelah lebih dua bulan bertindak dalam operasi "Strategi Kesabaran" yang pernah diumumkan sejak hari pertama serangan ganas pakatan Arab.
Dalam masa yang sama, Agensi Berita Saba melaporkan tentera Yaman dan relawan rakyat telah menggempur pengkalan-pengkalan tentera di dalam kawasan Arab Saudi. Sambil memetik sumber tentera Saudi, Saba melaporkan antara pengkalan tentera yang menjadi sasaran Yaman ialah al-Mazab, Sirdah, Ain al-Harah, Jabal Dukhan.
Menurut radio al-Hadida, serangan ke atas Saudi yang bermula sejak Jumaat lalu berupa ratusan rudal manakala mujahidin Ansarullah telah masuk ke dalam beberapa pengkalan tentera dan merampas banyak peralatan.
Radio tersebut juga melaporkan, operasi ini dinamakan "عاصفة رد الجميل للشعب اليمني الذي صبر”، على “العدوان" atau "Deruan jawapan indah rakyat Yaman yang bersabar (selama 2 bulan) terhadap musuh - Saudi". Walau bagaimana pun pemimpin Ansarullah belum mengumumkan nama operasi tersebut secara rasmi.