1 Julai 2015 - 17:43
Pengkalan tentera Saudi jadi sasaran rudal pejuang Yaman

Pengkalan-pengkalan tentera Saudi dihujani rudal dari Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (a.s) - Saluran televisyen al-Maseera melaporkan rudal-rudal dari Yaman telah menghujani pengkalan tentera Qarn Khabash Nahwaqa dan al-Suwaila di Najran.

Berasaskan laporan ini, tentera Yaman dan komuniti rakyatnya telah melancarkan rudal Gerad di pengkalan tentera al-Suwailah di kawasan Najran.

Tambah al-Maseera lagi, pengkalan tentera Saudi di Jizan juga masih menjadi sasaran sejak hari pertama kempen membalas serangan ganas negara sekutu Amerika itu.

Dalam pada itu serangan balas Yaman di pengkalan tentera al-Rabu'a, Zahran telah menyebabkan seorang tentera Saudi terbunuh manakala seorang lagi cedera dan sebuah kereta kebal musnah.

Kementerian Pertahanan Yaman pula memaklumkan serangan tentera dan rakyatnya semalam telah mengakibatkan 10 askar Saudi terbunuh.

Sementara itu, terdapat laporan bahawa beberapa orang aktivis politik Arab Saudi di Najran bertindak membentuk gerakan pembebasan Najran.