25 November 2015 - 00:39
Penyerang pesawat pejuang Russia akan terima padah

Hubungan Ankara dan Moscow terjejas dan pihak Russia akan bertindak balas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presien Russia Vladimir Putin dalam kenyataan akhbar pertamanya berhubung insiden serangan jet Russia Su - 24 di Syria akan mengeruhkan hubungan dua hala Turki - Russia.

Menurut beliau lagi jet tersebut berada 4 kilometer dari sempadan Turki.

Putin menegaskan, militan IS mendapat habuan billion dollar hasil penjualan minyak kepada Turki. Dari situ pengganas mendapat dana yang besar. Kata beliau, "Kami ditikam dari belakang oleh pihak yang bekerjasama dengan pengganas, jet kami tidak pernah mengancam Turki dalam apa cara sekalipun dan menyempurnakan pengeboman di atas bumi Syria, itupun dengan jarak beberapa kilometer dari sempadan Syria."

Tegas beliau lagi, insiden ini akan akibat buruk bagi hubungan dengan Turki. Sambil menceritakan betapa akrabnya hubungan Ankara dengan militan IS yang mengaut keuntungan dari penjualan minyak Syria, beliau mendedahkan negara tersebut juga sedang menyeret NATO untuk berbakti kepada IS.

"Turki menggesa diadakan mesyuarat bagi sebuah komuniti, seolah-olah ia mahukan NATO diperalatkan untuk militan IS, dan kami tidak mengizinkan terjadinya jenayah-jenayah seperti yang telah terjadi sekarang."