Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Hubungan Ankara - Moscow bertambah tegang apabila presiden Vladimir Putin enggan menjawab panggilan rakan sejawatnya dari Turki. Selain itu Russia turut memansuhkan vida perlancongan percuma kepada rakyat Turki dan memberi amaran akan menghadkan pesawat penumpang sebagai konfrontasi antara kedua negara tersebut.
Dalam ketegangan terbaru, Recep Erdogan sudah dua kali cuba menghubungi Vladimir Putin untuk menyelesaikan ketegangan tersebut, namun Putin masih enggan menjawab panggilan tersebut selagi Ankara tidak mengumumkan permohonan maaf atas kesalahan menembak jatuh jet pejuang milik Russia sehingga menyebabkan salah seorang juruterbangnya terkorban.
Yuri Ushakov, Setiausaha Peribadi Putin memaklumkan kepada wartawan presiden Russia sudah dua kali enggan menjawab panggilan daripada Erdogan sejak jet pejuangnya ditembak.
"Kita melihat Turkey berdegil untuk memohon maaf terhadap insiden jet tersebut," kata Yuri Ushakov.
Hingga hari ini Ankara masih menunjukkan sikap angkuhnya dengan memberi amaran bahawa Russia sedang bermain dengan api dengan menyusahkan rakyatnya yang hendak menuju ke Russia.
28 November 2015 - 05:04
News ID: 721889
Vladimir Putin enggan menjawab panggilan presiden Turki kerana Ankara enggan memohon maaf