2 Disember 2015 - 01:34
Pemberontak FSA: Kami simpan dokumen perjanjian minyak antara ISIS dan Turki

Hussam al-Awwak, ketua perisikan Free Syrian Army bocor maklumat penjualan minyak kepada media.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sebuah kumpulan pemberontak pro-Israel, FSA (Free Syrian Army) membocorkan maklumat kepada Sputniknews mengenai butiran jualan minyak militan IS (Negara Islam) kepada negara lain, termasuk dalang yang menjadi orang tengahnya.

Komandan pemberontak, Hussam al-Awwak berkata, "Kami ada gambar-gambar perjanjian yang ditandatangai Turki dan militan IS dalam sebuah kesefahaman penjualan minyak."

Tambahnya lagi, Turki adalah penyokong utama kumpulan pengganas IS, sejak tahun 2011 Turki memberikan bantuan kepada mana-mana kumpulan pengganas yang memerangi pemberontak FSA.

Al-Awwak yang merupakan ketua perisikan FSA berkata, "Kami juga mempunyai gambar-gambar kereta Toyota yang dibeli melalui Qatar, kemudian dibawa masuk ke Syria."

"Kereta-kereta ini menjadi perisai tatkala membawa dan memindahkan kepala-kepala militan IS dan mencegah sebarang potensi bahaya terhadap jiwa mereka.

"Kami menyaksikan Turki menyokong kumpulan-kumpulan pengganas sebelum militan IS wujud," tegas al-Awwak.

Sementara itu akhbar The Financial Times melaporkan, "Kawasan di bawah cengkaman militan IS mempunyai pengeluaran minyak mentah bernilai 500 juta dollar setahun. Kapasiti pengeluaran tidak boleh disimpan, oleh itu ia hendaklah dijual melalui perantara negara-negara lain."

Kumpulan FSA adalah kumpulan pemberontak yang mendapat bantuan senjata Israel untuk berperang di Syria dan menamakan kumpulan-kumpulan lain seperti Jabha Nusra dan IS sebagai pengganas.