
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tembelang Turki terkuak lagi apabila kerajaan Russia mendedahkan imej satelit bagaimana truk tangki kepunyaan Turki mengisi minyak di tempat yang berada di bawah cengkaman ISIS (pengganas Negara Islam Iraq dan Syria).
Bukti ini juga menunjukkan Erdogan dan keluarganya sudah mengaut kekayaan yang melimpah ruah hasil dari kegiatan pencurian minyak yang dilakukan pengganas ISIS. Imej-imej satelit itu menunjukkan lori-lori tangki yang sarat dengan minyak bergerak menuju ke Turki tanpa dicegah askar negara tersebut yang menjaga sempadan.
Berhubung dengan itu, pihak Moscow hairan dengan sikap Erdogan yang masih menafikan pelibatannya dalam kes pencurian minyak tersebut.
Timbalan Menteri Pertahanan Russia, Anatoly Antonov berkata, "Turki merupakan pembeli utama minyak yang dicuri dari pemiliknya yang sah, iaitu Syria dan Iraq.
"Menurut laporan yang kami terima, pemimpin politik senior negara tersebut, presiden Erdogan dan keluarganya terlibat dalam jenayah perdagangan ini," tambah beliau.
Berikut adalah imej Satelit yang menunjukkan 3000 lori tangki yang menyeludup minyak dari Syria ke perlabuhan-perlabuhan Turki.



......................
Video satelit, trak-trak pengangkut minyak melintasi pemeriksaan keselamatan Reyhanli, sempadan Turki-Syria: https://www.youtube.com/watch?v=Nk7pu7j_l6Q