5 Disember 2015 - 15:29
Pengganas ISIS ledakkan bom di rumah sendiri, 3 sekeluarga terkorban

Tiga sekeluarga terkorban apabila seorang pengganas bertindak nekad meledakkan bom dalam rumahnya ketika diserbu pasukan polis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tiga sekeluarga terkorban apabila seorang pengganas meledakkan bom dirumahnya di Deir Ammar,
Lubnan, ketika pasukan keselamatan menyerbu kawasan terbabit.

Dalam insiden ini, ledakan bom telah membunuh isteri dan ibu pengganas itu sendiri. Individu yang meledakkan bom itu dikenali sebagai
Mohammad Hamzeh yang merupakan ahli kumpulan militan ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) dan telah berbai'ah kepada pemimpin kumpulan tersebut.

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam ledakan ini termasuk empat anggota keselamatan. Percikan darah dan kesan peluru kelihatan di dinding rumah setelah serbuan.

Pasukan polis turut menangkap beberapa individu dalam operasi besar-besaran dan berjaya menahan beberapa militan warga Lubnan dan Syria.

Mahkamah Lubnan kini sedang mengadili 26 orang minggi lalu setelah serangan bom di Beirut baru-baru ini.