17 Disember 2015 - 09:49
Ansarullah tukar tawanan perang dengan tentera Mansur Hadi

Pertukaran tawanan perang antara pejuang Ansarullah dan tentera Mansur Hadi berlangsung setelah gencatan senjata berjaya dicapai di Geneva.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pejuang Ansarullah sepakat bertukar tawanan perang dengan pihak tentera yang masih setia dengan bekas presiden yang disingkirkan, Mansur Hadi, di kota Lahj dan al-Baidha,

Pertukaran ini dilaporkan melibatkan sekurang-kurangnya 620 tahanan dari kedua-dua belah pihak. 240 orang daripadanya adalah pasukan tentera Mansur Hadi manakala 370 adalah pejuang Ansarullah.

Menurut sumber Yaman, semua tahanan ini telah ditangkap di kawasan Selaatan Yaman.

Sementara itu terdapat percanggahan berita tentang peranan Palang Merah dalam pertukaran tawanan ini di mana sebahagian media menafikan sebarang penyertaan pertubuhan tersebut.

Pertukaran ini terjadi berikutan gencatan senjata yang masih berkuat kuasa di antara kedua-dua pihak di Geneva.