30 Disember 2015 - 01:45
Islam tidak melarang muzik

Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab, Ayatullah Araki menjelaskan bahawa Islam tidak melarang muzik yang merupakan hasil kepesatan budaya.

Agensi Berita Ahlul Bait (a.s) - Ayatullah Araki berkata agama Islam tidak melarang penggunaan alat-alat muzik dan memiliki ilmu pengetahuan tentangnya. Tambahnya lagi, ulama dan ahli fikah perlu menetapkan kriteria asas berasaskan kajian yang teliti dan secara bijaksana, manakala artis-artis hendaklah mematuhi pandangan para ulama.

Beliau berkata demikian di hari kedua Persidangan Perpaduan Islam yang sedang berlangsung di Tehran semalam.

Selain itu, beliau mendedahkan banyak lagi dimensi kehidupan Nabi Muhammad (s.a.w) yang masih belum diajukan di tengah-tengah perhatian masyarakat awam.

"Nabi kita adalah simbol keagungan dan kebaikan, kita dapat belajar dari berbagai dimensi kehidupan baginda, kerana baginda adalah orang menginginkan kebaikan meskipun daripada pihak musuh, dan menyumbangkan pemikiran betapa pentingnya menghormati orang lain dan menyatupadukan ummah," tutur beliau.