29 Februari 2016 - 15:57
Yaman bersedia rampas kembali Marib

Yaman berikrar rampas kembali Marib yang dicengkam pemberontak tajaan Saudi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Yaman sedang bersiap sedia untuk memulakan operasi menggempur Marib dalam rangka merampas kembali kawasan yang dicengkam pemberontak tajaan Saudi.

Jurucakap tentera, Brigadier General Sharaf Luqman berkata tentera Yaman yang dibantu relawan rakyat juga sedang bersiap sedia mengambil alih seluruh kawasan tersebut.

Luqman menegaskan, pemberontak tajaan Saudi hanya berkuasa di beberapa kawasan sahaja sedangkan kemampuan Yaman mempnunyai kemampuan yang jitu dalam mengambil alih kawasan tersebut.

"Kami juga menangkis lebih dari 20 serangan pakatan yang dikepalai Saudi," kata beliau sambil menjelaskan serangan itu telah disokong jet pejuang pakatan itu.

Yaman telah menerima serangan pakatan yang dikepalai Arab Saudi sejak 26 Mac tahun lalu sehingga menyebabkan kematian ribuan rakyatnya dan kerosakan infrastruktur yang amat luas.

Serangan pakatan Saudi itu bertujuan mengembalikan presiden yang digulingkan rakyat ke tampuk pemerintahannya.

Meskipun begitu, tentera Yaman yang disokong oleh jawatankuasa relawan rakyat berjaya mengekang kemaraan tentera musuh manakala beberapa pengkalan tentera dan pos kawalan rejim Saudi berjaya ditawan dan dimusnahkan.Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Yaman sedang bersiap sedia untuk memulakan operasi menggempur Marib dalam rangka merampas kembali kawasan yang dicengkam pemberontak tajaan Saudi.

Jurucakap tentera, Brigadier General Sharaf Luqman berkata tentera Yaman yang dibantu relawan rakyat juga sedang bersiap sedia mengambil alih seluruh kawasan tersebut.

Luqman menegaskan, pemberontak tajaan Saudi hanya berkuasa di beberapa kawasan sahaja sedangkan kemampuan Yaman mempnunyai kemampuan yang jitu dalam mengambil alih kawasan tersebut.

"Kami juga menangkis lebih dari 20 serangan pakatan yang dikepalai Saudi," kata beliau sambil menjelaskan serangan itu telah disokong jet pejuang pakatan itu.

Yaman telah menerima serangan pakatan yang dikepalai Arab Saudi sejak 26 Mac tahun lalu sehingga menyebabkan kematian ribuan rakyatnya dan kerosakan infrastruktur yang amat luas.

Serangan pakatan Saudi itu bertujuan mengembalikan presiden yang digulingkan rakyat ke tampuk pemerintahannya.

Meskipun begitu, tentera Yaman yang disokong oleh jawatankuasa relawan rakyat berjaya mengekang kemaraan tentera musuh manakala beberapa pengkalan tentera dan pos kawalan rejim Saudi berjaya ditawan dan dimusnahkan.