BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 13 maut manakala lebih 40 cedera dalam serangan pengebom bunuh diri ke atas satu kumpulan jemaah Syiah di tenggara Baghdad hari ini.
Sumber polis berkata, setakat ini belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku di sebuah pasar di Daerah Nahrawan, namun biasanya ia dilakukan oleh kumpulan pengganas Negara Islam (IS).
Sumber itu berkata, angka kematian boleh meningkat lagi berikutan ramai mangsa yang cedera parah. - AFP