Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah al-Uzma Sayid Ali al-Sistani memberi amaran tentang kesan buruk krisis politik dalaman yang melanda negara Iraq sekarang ini.
Pejabat marja' taqlid ini malam tadi mengeluarkan kenyataan bahawa Ayatullah Sistani mengambil perhatian yang serius terhadap situasi yang sedang negara yang belum selesai kemelut militan IS.
Sambil menyatakan kekesalan, beliau mengungkapkan semua pihak sepatutnya berperanan mewujudkan kehidupan yang selesa untuk rakyat.
Kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau turut menjawab isu pertemuan Ayatullah Sistani dengan beberapa orang ahli politik dan menafikan beliau mengambil pendirian politik atau menetapkan calon untuk institusi kerajaan.
Iraq mengalami krisis politik baru-baru ini ketika parlimen Iraq terpaksa menangguhkan perlantikan menteri-menteri yang diusulkan oleh kerajaan ekoran terjadi perselisihan politik.
Selain itu, penunjuk perasaan merusuh sehingga menakluki bangunan parlimen pada hari Sabtu lalu.