4 Jun 2016 - 16:45
Askar Zionis laung slogan Ya Ali! dan Allahuakbar!

Tentera rejim Zionis mengadakan latihan perang dengan meletakkan pasukan beruniform Hizbullah yang melaungkan slogan Allahuakbar! dan Ya Ali!

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Israel kini menjalani latihan terbaru dengan menghadapi serang hendap sebuah pasukan beruniform Hizbullah yang melaungkan slogan Ya Ali! dan Allahuakbar!.

Berasaskan laporan ini, portal berita Yedioth Ahronoth memaparkan sebuah video latihan perang tentera Israel di Galile, berhampiran dengan sempadan Lubnan sambil memberi penerangan bahawa latihan itu menggunakan beberapa anggota yang beruniform dan mengibarkan bendera Hizbullah, menggunakan senjata Kalashnikov sambil melaungkan slogan Ya Ali! dan Allahuakbar.

Portal tersebut menambah latihan ini dalam rangka persiapan kemungkinan Israel akan berhadapan dengan serangan Hizbillah.

..............