Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kematian mantan duta besar Iran ke Beirut, Gazanfar Rukneabadi dalam tragedi Mina telah menyebabkan hubungan antara Tehran dan Riyadh menjadi tegang.
Sejak tragedi tersebut, kemarahan Iran semakin memuncak dan Tehran tidak sekali-kali memandang remeh tentang jasad Rukneabadi.
Rejim Saudi pula cuba menutup kesilapannya dengan menuduh Iran sebagai musuh setelah negara tanah Parsi itu terus memberikan tekanan. Panganalisa-penganalisa politik Iran menganggap tuduhan Riyadh itu adalah isyarat bahawa kemungkinan Rukneabadi telah dibunuh.
Selain itu, terdapat sumber siasatan yang menunjukkan Rukneabadi meninggal dunia setelah tiga hari tragedi Mina sekaligus menolak dakwaan Saudi bahawa pegawai Iran itu meninggal di hari kejadian.
Para pegawai Arab Saudi pula saling bercanggah dalam mengeluarkan pernyataan. Ada yang menyatakan Rukneabadi meninggal dunia di hari kajadian sementara yang lain mendakwa beliau hilang dan tidak dapat dikesan. Akhirnya jasad Rukneabadi yang sudah reput diserahkan ke Tehran bersama kesan-kesan pembunuhan.
Sumber diplomatik lebanondebate.com dari melaporkan, jasad Rukneabadi tiba di Tehran setelah dibiarkan selama sebulan. Menurut sumber tersebut, terdapat organ badannya yang diambil dan jasadnya diserahkan tanpa anggota tersebut bagi menghilangkan bukti jenayah ini.
Sumber tersebut berkeyakinan, jasad tanpa organ seperti jantung boleh menggagalkan usaha mengesan faktor kematiannya.
Analisa sumber tersebut menguatkan ramalan ahli-ahli politik Iran bahawa terdapat konspirasi untuk membunuh Rukneabadi yang disembunyikan di celah-celah kematian 5000 jemaah haji yang lain.