Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Pertahanan Syria, General Jassim al-Farij tiba di Tehran awal pagi kelmarin untuk menghadiri mesyuarat tiga hala dengan sekutunya Iran dan Rusia untuk memerangi terrorisme.
Dalam mesyurat tersebut, Iran diwakili menteri pertahanannya, Brigadier General Dehqan, rakan sejawatnya dari Rusia General Sergei Shoigu dan Menteri Pertahanan Syria Fahd Jassem al-Freij. Ketiga-tiga mereka akan menghadiri mesyuarat bertajuk "Memerangi Terrorisme" di ibukota Tehran, hari ini.
Mesyuarat tersebut berlangsung atas usaha Brigadier General Dehqan.
Ketiga-tiga menteri tersebut akan membincangkan perkembangan terbaru serantau dan jalan meluaskan peperangan anti terrorisme.