13 Jun 2016 - 18:23
Ratusan anggota militan IS terbunuh dalam operasi di Fallujah

Lebih dari 500 anggota militan IS terbunuh dalam operasi pembebasan Fallujah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Iraq berjaya membunuh sejumlah besar pengganas IS sejak bermula operasi ketenteraan untuk membebaskan kota Fallujah dari cengkaman kumpulan tersebut.

"Lebih dari 500 militan IS dari bangsa Arab dan bukan Arab telah terbunuh sejak operasi bermula pada bulan Mei," kata komandan operasi pembebasan Fallujah, General Abdulwahab al-Saedi, pada hari Isnin.

Tegas beliau lagi, tentera Iraq memasuki fasa 1 operasi di kawasan al-Shohada, Selatan Fallujah setelah membunuh 42 pengganas dalam pertempuran sengit.

"Pasukan tentera Iraq sekarang bersiap sedia menyerang daerah al-Nazal, salah satu ibupejabat utama IS," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkannya kelmarin," tambah beliau kelmarin.

Tentera Iraq sebelum ini mengumumkan zon selamat untuk penduduk awam meninggalkan kawasan perang.