23 Jun 2016 - 17:56
Al Khalifah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan

Ayatullah Makarem Syirazi mendedahkan bahawa nenek Moyang Sheikh Isa Qassem memang sudah tinggal di Bahrain sejak zaman dahulu kala sedangkan rejim Al Khalifah adalah pendatang dari Najd.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah al-Uzma Makarem Syirazi mengecam tindakan rejim Bahrain melucutkan kerakyatan ulama terkenal, Sheikh Isa Qassem.

Mengulas kes tersebut, beliau menegaskan tindakan itu disebabkan kerajaan Bahrain merasa geram dengan kekalahan luar biasa pakatan Arab dalam perang di Iraq dan Syria.

Akibatnya berbagai aksi yang tidak berperi kemanusiaan telah dilakukan rejim seperti meruntuhkan masjid dan husainiyah, memenjarakan penduduk awam Syiah, melarang solat Jumaat sehinggalah melucutkan kerakyatan Sheikh Isa Qassim.

Beliau menegaskan rejim Al Khalifah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan kerana mereka datang dari Arab Saudi dan Najd, sedangkan nenek moyang Sheikh Isa Qassem sudah tinggal di situ sejak turun temurun.

Hingga kini rakyat Bahrain masih meneruskan demonstrasi aman demi menuntut hak mereka yang sah.