8 Julai 2016 - 05:06
Buku terbitan Arab Saudi galak serangan bom bunuh diri

Arab Saudi menerbitkan sebuah buku yang menggalakkan serangan bom bunuh diri berasaskan ajaran Wahhabi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kerajaan Arab Saudi menerbitkan sebuah buku berkenaan hukum fikah untuk operasi bom bunuh diri dengan judul al-A'mal al-Fida'iyyah (Praktikal pengorbanan) karya Sami bin Khalid al-Hammoud.

Buku ini diterbitkan dalam rangka mencetak kembali thesis master di Jabatan Kebudayaan Islam di Fakulti Pendidikan, Universiti Malik Saud.

Penyelidik Arab Saudi ini menjelaskan, tindakan serangan bom ini mempunyai berbagai bentuk, samada memuatkan bahan letupan dalam beg, dalam kereta atau mengikatnya pada badan dengan tali pinggang. Kemudian pelakunya akan masuk ke tempat kerumunan musuh, atau menyertai mereka dalam kenderaan pengangkutan awam, pesawat, keretapi dan sebagainya, termasuk berpura-pura menyerah diri.

Menurutnya lagi, operasi tersebut dijalankan meskipun mendatangkan kecederaan dan kematian sesiapa sahaja yang berada di sekeliling musuh.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kegiatan terrorisme seperti operasi bom bunuh diri yang berasal dari perkembangan pemikiran Wahhabi menjadi masalah di seluruh dunia.

Raja Saudi Malik Salman bin Abdul Aziz berkata pada hari Rabu lalu sempena ucapan Eid al-Fitr, "Kerajaan berazam melumpuhkan serangan terhadap akal, pemikiran dan kepentingan rakyat kita. Masyarakat hendaklah peka untuk bergabung dengan kerajaan dalam tindakan dan dasar politiknya demi memerangi pemikiran sesat ini."

Baru-baru ini kota Madinah menyaksikan serangan bom bunuh diri yang disasarkan kepada pasukan keselamatan yang menjagai Masjidil Nabawi sehingga menyebabkan 4 orang terbunuh manakala 5 yang lain cedera.